9/30/2012

Kasih Seorang Ibu

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.


Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.


Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"


Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

*Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

9/19/2012

Galakkan rakyat guna kemudahan awam

SESAK...keadaan kesesakan lalu lintas di ibu kota tiada penghujung

BUNYI bingit hon kenderaan dan asap kotor sentiasa mewarnai bandar raya besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Tidak kira masa, waktu dan keadaan, ia pasti menyelubungi setiap telinga warga kota. Sama ada pagi, petang, mahupun malam, kesesakan lalu lintas bagai tiada penghujungnya.

Senario ini bukan baru di negara Asia seperti Malaysia, bahkan turut melanda beberapa bandar raya lain seperti Bangkok dan Jakarta.

Antara faktor penyumbang kepada kesesakan jalan raya di negara ini ialah keengganan warga kota menggunakan pengangkutan awam.

Berdasarkan laporan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, hanya 20 peratus penduduk Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam.

Situasi ini secara tidak langsung menyumbang kepada penambahan jumlah kereta di jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas selain pencemaran.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, pelbagai langkah diambil kerajaan bagi mengurangkan tahap kesesakan lalu lintas, terutama di Kuala Lumpur, antaranya menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Kerajaan sudah mengambil inisiatif memperbaiki dan memperkasa sistem pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di kawasan bandar. Diharap usaha ini akan memberi lebih kebaikan kepada pengguna," katanya kepada Metro Ahad.

Berikut beberapa langkah yang diambil: * Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya. Di bawah sistem ini beberapa inisiatif diambil, misalnya meningkatkan kapasiti komuter dan sistem transit aliran ringan (LRT) sebanyak 1.7 hingga empat kali ganda (bergantung kepada laluan tertentu), penambahan 22 set tren empat gerabak baru sistem transit aliran Kelana Jaya, di samping ruang khas bagi penumpang berkerusi roda dilengkapi tali pinggang keselamatan, serta lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya (OKU) serta tingkap kecemasan, pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TPBBTS) selain laluan bas merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang yang akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat * Merangsang permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam. Antara diperkenalkan adalah konsep '1 tiket 1 perjalanan', menambah 6,800 tempat letak kereta baru di 14 stesen rel utama di luar kawasan pinggir bandar menjelang 2012, meningkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta terminal yang mempunyai bilangan trafik tinggi, selain menyediakan sistem IT bersepadu secara menyeluruh di samping pelaksanaan penguatkuasaan merentasi semua agensi, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) * Menghalang kenderaan berat memasuki kawasan perniagaan pusat. Bagi melaksanakan misi ini tiga terminal pengangkutan bersepadu (ITT) utama luar bandar diwujudkan, bermula di ITT Bandar Tasik Selatan. Manakala di kawasan bandar akan diwujudkan dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota, Hentian Putra dan Pudu bagi memudahkan aliran lalu lintas dari kawasan pinggir bandar ke pusat bandar * Menguruskan permintaan melalui faktor tolakan. Apabila penggunaan pengangkutan awam melebihi 25 peratus dan sistem perkhidmatan pengangkutan awam ditambah baik, masa perjalanan akan ditepati, keselesaan dipertingkat dan inisiatif meningkatkan daya tarikan relatif pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan persendirian akan dipercepat.

"Kita sedar bukan mudah mahu melaksanakannya dalam sekelip mata. Banyak aspek perlu diperbaiki dalam memperkasa pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di kawasan bandar.
"Penekanan khusus sudah dan akan diambil di bawah pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Awam Bandar. Kini, dianggarkan 240,000 atau 10 hingga 12 peratus individu daripada jumlah populasi penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam," kata Solah.

Beliau berkata, kerajaan menjangka seramai 600,000 atau 25 peratus penduduk sekitar Lembah Klang akan menggunakan perkhidmatan awam itu menjelang penghujung 2012.

"Bagi merealisasikan usaha ini, kerajaan akan meningkatkan tahap pengangkutan awam, meningkatkan tahap keselesaan pengguna, menambah jumlah perjalanan, meningkatkan kapasiti pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan kenderaan berat di kawasan pusat perniagaan (CBD).
"Di samping itu, langkah seperti penambahbaikan dan pembinaan lebuh raya serta jalan bertingkat di kawasan mempunyai aliran trafik tinggi dan langkah lain turut dibuat dari semasa ke semasa," katanya.

Solah berkata, masalah kesesakan lalu lintas adalah senario biasa dihadapi seluruh dunia.

Berbanding negara Asia lain, katanya, situasi di Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan disebabkan kesesakan hanya berlaku pada waktu puncak iaitu 7 hingga 9 pagi.
Kesesakan itu antara lain berpunca daripada jumlah kenderaan yang tidak terkawal di ibu kota.

Menurutnya, sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 9,441, 907 motosikal serta 9,114, 920 kenderaan persendirian di seluruh negara berdaftar dengan JPJ.

"Bagi kenderaan perkhidmatan awam pula, sebanyak 69,149 bas, 84,661 teksi dan 18,300 kereta sewa pandu sendiri didaftarkan. Bilangan kenderaan barangan pula sebanyak 966,177 dan kenderaan lain 493, 451.

"Jumlah keseluruhan hingga tarikh sama adalah 20,188,565 kenderaan yang berdaftar dengan JPJ seluruh negara, manakala laporan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula menyatakan kira-kira tiga juta kenderaan keluar masuk setiap hari di Kuala Lumpur," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika situasi ini berlarutan, ia akan memberi kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan rakyat sama ada daripada segi ekonomi sosial mahupun pembangunan negara.

"Ia akan memberi kesan, misalnya peningkatan penggunaan minyak kenderaan, selain produktiviti individu di tempat kerja mungkin terjejas kesan kelesuan menempuh kesesakan sewaktu pergi dan balik kerja setiap hari.

"Daripada segi sosial pula, individu hanya mempunyai masa terhad di rumah dan beriadah disebabkan banyak masa dihabiskan di jalan raya. Atas sebab ini, inisiatif seperti NKRA Pengangkutan Bandar diberi perhatian, malah langkah jangka panjang dibuat bagi mengatasi masalah ini dan ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang pada masa sama memastikan modul insan negara ini dapat digunakan sepenuhnya untuk pembangunan negara," katanya.

Kehilangan Identiti Kampung di Pinggir Bandar

Semakin maju negara, semakin lupus identiti kampung di pinggir bandar. Itu yang berlaku di negara kita sekarang. Tetapi hanya segelintir yang cakna akan permasalahan ini. Kenapa hal ini boleh berlaku? Di mana peranan seorang Perancang Bandar? Dek terlalu mengejar arus kemodenan dan nilai sekeping kertas, kita hapuskan petempatan nenek moyang kita. Dasar pembangunan yang tidak terkawal mengakibatkan rebakan bandar dan aktiviti guna tanah yang terlalu pesat sehingga melampaui had sempadan bandar.

Kampung Baru Kuala Lumpur

Seharusnya kita mengekalkan penempatan di pinggir bandar supaya dapat mengekalkan ekosistem dan generasi baru dapat merasai kehidupan dan suasana kampung atau pinggir bandar. Masalah rebakan bandar yang berlaku juga menyebabkan tanah-tanah di pinggir bandar tergadai dan dijadikan kawasan komersial, industri serta petempatan terancang. Keperluan masyarakat terhadap kediaman berdensiti rendah juga menjadi salah satu faktor tanah-tanah di pinggir bandar dimajukan dan diambil alih kerana sempadan setiap lot tanah sangat besar.

Terdapat juga sesetengah sektor swasta yang mengambil sebahagian tanah di pinggir bandar untuk dimajukan kerana nilai harga tanah yang rendah. Namun begitu, pampasan yang diberikan tidak setanding dengan harga rumah, tanah serta kebun-kebun penduduk pinggir bandar. Perkara ini berlaku terhadap masyarakat di kampung saya sendiri iaitu di Pengerang. Sedangkan kampung tersebut sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai kawasan pelancongan kerana lokasinya di tepi pantai dan merupakan kawasan nelayan mencari rezeki.

Hasil dari rebakan bandar turut menjadikan kawasan pinggir bandar menjadi pembangunan berpoket sekali gus mengganggu kestabilan alam sekitar. Hal ini kerana kegiatan pembandaran mengecilkan saiz untuk guna tanah pertanian dan perhutanan. Ia sedikit sebanyak turut mengganggu pembangunan sosial masyarakat pinggir bandar. Aktiviti pembandaran turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. Kesannya, banyak pencemaran udara dan bunyi berlaku. Pada masa yang sama, ia mengganggu psikologi masyarakat kerana mereka tertekan dengan masalah ini.

Banyak lagi cara untuk mereka memajukan kawasan tersebut. seperti memperkenalkan industri asas tani kepada penduduk pinggir bandar dan juga menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan. Nilai warisan seni binanya juga boleh dikekalkan supaya menjadikan tarikan kepada masyarakat luar negara.

Seperti yang kita sedia maklum, isu pengambilan atau penjualan tanah-tanah di pinggir bandar banyak berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Antara contoh pinggir bandar yang diambil alih tanahnya dan akan di 'beli' tanahnya ialah Kampung Abdullah Hukum, Kampung Kerinchi dan Kampung Baru. Mereka seharusnya menjadikan Kampung Morten Melaka sebagai contoh yang terbaik dalam memajukan sesebuah bandar itu sendiri. Kampung ini merupakan satu-satunya kampung yang berada di tengah-tengah bandar Melaka dan identitinya dikekalkan malah dicantikkan lagi.
Identiti Kampung Morten

Petempatan di Kampung Morten
 Antara impak positif dan negatif yang telah dikongsikan oleh pensyarah saya dalam blognya http://dranuarjb.blogspot.com/search/label/kajian%20rebakan%20bandar
dan
http://dranuarjb.blogspot.com/2011/09/118-kajian-kajian-impak-rebakan-bandar.html

Impak positif
(i) Peluang pekerjaan di kawasan bandar utama meningkat.
(ii) Peningkatan pekerjaan sektor tertiary /perkhidmatan.
(iii) Peningkatan pendapatan penduduk.
(iv) Penduduk lebih aktif dalam tenaga kerja – masa berkerja lebih tinggi.
(v) Kadar penyewaan kediaman semakin tinggi.
(vi) ‘Commercialized agriculture’.
(vii) Kemudahan mendapatkan perkhidmatan bandar dan peningkatan kualiti hidup.
(viii) Pasaran rumah lebih luas.
(ix) ‘Modern business-oriented – home office”.
(x) Corak kehidupan mewah.
(xi) Nilai permakanan lebih baik.
(xii) Kesedaran kepada pembangunan.
(xiii) ‘Modernisation’ – urban life style.
(xiv) Peningkatan interaksi masyarakat.

Impak negatif
(i) Kesesakan kawasan kediaman.
(ii) Kesesakan lalulintas.
(iii) ‘Commuting trips’ meningkat.
(iv) Pencemaran alam sekitar.
(v) Aktiviti berkaitan pertanian dan pendapatannya menurun.
(vi) “stress of amenities’.
(vii) ‘Unskilled jobs’ meningkat.
(viii) Ancaman kepada kesihatan penduduk.
(ix) Percanggahan aktiviti guna tanah.
(x) ‘Industri bercampur kediaman’.
(xi) Konflik ‘life style’
(xii) Kenaikan nilai tanah.
(xiii) Pengasingan diri /masyarakat.
(xiv) ‘Culture resistance’.
(xv) Ancaman kepada ‘survival’ ekonomi tempatan.
(xvi) Hubungan kekeluargaan/’kinship’ menjadi longgar.
(xvii) Peningkatan jenayah sosial – kecurian, gang, dadah.
(xviii) Konflik antara kaum.

Impak ketara ke atas penduduk/ persekitaran luar bandar :
1. Memberi kesan kepada peningkatan peluang pekerjaan, penigkatan aktiviti guna tanah, dan perubahan
    corak hidup penduduk luar bandar.
2. Kekurangan tanah di pinggir bandar untuk dibangunkan sebagai kediaman.
3. Kesesakan lalulintas meningkat.
4. Pencemaran alam sekitar yang serius.
5. Pendapatan penduduk meningkat.
6. Peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan ketiga (tertiary) tertumpu di kawasan pinggir bandar.
7. Kenaikan nilai tanah di pinggir bandar yang berterusan.
8. Kadar kebisingan meningkat.
9. Wujudnya ‘home office’ business di sekitar bandar utama.
10. Pebezaan amat ketara dapat dilihat antara masyarakat bandar dengan masyarakat pribumi dari segi
      ekonomi dan corak hidup.
11. Kemudahan asas untuk penduduk pinggir bandar tidak berkembang (stress on amenities).
12. Tumpuan jenis pekerjaan tidak mahir (unskilled jobs) di sekitar pinggir bandar.
13. Dasar ‘Urban Vilage’ dan ‘Smart Growth’ dipakai untuk kawalan perkembangan bandar.
14. Penggunaan kereta persendirian meningkat di sekitar bandar utama.
15. Ancaman ke atas aktiviti pertanian dan ekonomi berasaskan sumber tani sedia ada di pinggir bandar.
16. Jumlah pekerjaan meningkat berganda dalam sektor pekhidmatan (tertiary sector) di sekitar bandar
      utama.
17. Peningkatan jenayah, ‘gangs’, dan jenayah sex dalam komuniti desa pinggir bandar.
18. Permodenan dalam pembangunan diterima secara menyeluruh oleh penduduk sekitar bandar utama.
19. Penghijrahan penduduk desa tinggi ke bandar utama.
20. Perubahan corak hidup bandar ke atas penduduk desa di sekitar bandar.
21. Interaksi desa-bandar berlaku sehingga jarak 30-50 kilometer dari tepubina bandar.
22. Sosioekonomi penduduk tidak berkembang.
23. Mewujudkan satu bentuk komuniti pinggir bandar yang ‘tersendiri’.
24. Institusi tradisional dan agama mempunyai peranan penting dalam komuniti pinggir bandar.
25. Hubungan kekeluargaan/ ‘kinship’dan kejiranan menjadi semakin longgar.
26. Pengaruh bandar masih bergantung pada faktor jarak.
27. Impak positif ketara pada aspek fizikal berbanding aspek sosioekonomi dan sosiobudaya.
28. Interaksi bandar-desa masih kurang significant.

Berikut merupakan isu-isu penjualan tanah pinggir bandar:

Terdapat juga isu harga rumah yang terlalu tinggi:

Dari Jenayah Kepada Mawaddah

"Ada soalan lagi, mungkin soalan terakhir agaknya untuk malam ini?" Dr. Baiyah selaku moderator forum Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung yang di adakan di Pelham Musolla, berhampiran University of Melbourne masih lagi memberi peluang kepada hadirin untuk bertanya.
Seorang pelajar perempuan dari barisan belakang mengangkat tangan.

"Saya bertanya bagi pihak kawan saya." Pelajar perempuan itu memulakan soalan. Saya dan 2 lagi ahli panel forum iaitu Dr. Ihsan dan isteri saya sendiri menumpukan perhatian.

"Begini, kawan saya bertanya, apa yang perlu kita buat jika sebelum ini, kita telah pun ada hubungan 'cinta' dengan seseorang. Bila kita kenal Islam sikit-sikit, dan kita ingin berubah dan bertaubat dari dosa-dosa, apakah ada ruang untuk hubungan itu diteruskan? Apakah ada cara untuk kita bercinta, tapi masih dalam ruang lingkup syara'? Pelajar perempuan itu menyudahkan soalan.

Saya, Dr. Ihsan dan isteri saling pandang memandang, ternyata mereka mengisyaratkan untuk saya menjawabnya kerana beberapa soalan dari peserta sebelum ini telahpun mereka jawab.
Saya menarik nafas panjang. Walaupun soalan ini nampak mudah, tetapi tidak mudah untuk menjawabnya. Susun bicara harus ditutur dengan teliti, kerana dalam forum terbuka seperti ini dan dengan soalan seperti itu, saya harus cuba mencari keseimbangan antara syadid (keras) dan realistik.

"Pertama sekali, asas penting yang kita harus fahami adalah walaupun rasa suka antara lelaki dan wanita itu adalah fitrah sepertimana yang saya terangkan pada awal forum, namun begitu, Islam meletakkan garis panduan yang amat ketat berkenaan hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram." Saya memulakan penerangan.

"Dalam bahasa mudahnya, secara jelas saya boleh katakan bahawa tidak ada hubungan cinta antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin yang dibenarkan oleh syara'. Banyak dalil dari Al Quran dan hadis yang membincangkan tentang perkara ini, namun cukuplah saya memberikan satu ayat dari surah Al Israa' ayat 32 yang bermaksud,"

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Dalam ayat ini, Allah menutup serapat-rapatnya pintu terhadap hubungan antara lelaki dan wanita yang berlaku diluar batas perkahwinan kerana ingin mencegah perbuatan keji di kalangan masyarakat manusia yang natijahnya dapat kita lihat berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dengan amat banyak, iaitulah bayi-bayi yang dibuang tanpa rasa belas kasihan."

"Jika tidak pun sampai ke peringkat membuang bayi, maka perbuatan-perbuatan kita seperti keluar menonton wayang bersama, saling bertukar sms dan panggilan setiap hari, berjalan-jalan di taman atau makan dan 'shopping bersama', setidak-tidaknya kita akan terlibat dengan zina mata, telinga dan hati yang dosanya mungkin tidaklah sebesar zina kemaluan, tetapi ia tetap adalah dosa yang akan menghitamkan jiwa dan akan menjauhkan kita dari Allah."

"Bila kita sentiasa dalam keadaan berdosa, maka doa kita pastinya akan sukar dimakbulkan, ilmu juga akan susah untuk masuk ke dalam dada, dan amalan-amalan yang lain juga kita dikhuatiri bermasalah bila kita terjebak dalam dosa kecil secara berterusan tanpa ada usaha untuk kita keluar darinya."

"Jangan kita lihat saiz dosa yang kita lakukan, tapi lihatlah kepada siapa dosa itu kita pamerkan."

"Ibarat kita menampar nyamuk, pasti berbeza jika kita menamparnya di muka kawan atau kita menamparnya di wajah Sultan."

"Jangan sesekali meremehkan dosa kecil, kerana antara sifat orang beriman adalah memandang setiap dosa seperti gunung yang akan datang untuk menghempap."

"Apatah lagi bila mengingatkan bahawa ajal itu datang tidak diundang, bimbang kalau-kalau Allah tarik nyawa dalam keadaan su'ul khatimah (penghujung yang buruk), ditarik nyawa ketika dalam bermaksiat kepadanya, na'uzubillahiminzalik.

"Cumanya.." saya berhenti seketika. Melihat respon hadirin. Semuanya menumpukan perhatian. Sejak dari tadi, tidak ada hadirin yang tidur, fokus sungguh anak-anak muda bila berbincang tentang topik begini.
"Dalam kes yang saudari tadi bertanya, tidak ada satu jawapan pasti yang boleh saya beri, cuma apa yang boleh saya katakan kepadanya adalah tanya pada diri, tanya pada hati, sejauh mana kita jujur dengan Allah dalam hubungan tersebut."

"Tanya juga pada diri, atas asas apa perhubungan tersebut  ingin diteruskan dan jika ingin diteruskan sehingga ke gerbang perkahwinan, apakah benar-benar diyakini kebaikan agamanya jika dia masih belum berubah dan apakah benar-benar dapat  dipastikan bahawa dia adalah calon terbaik untuk menjadi teman hidup dan pendidik kepada cahaya mata yang kita lahirkan sepanjang melayari kehidupan sehingga penghujung usia."

"Fikir-fikirkan, banyakkan istikharah dan istisyarah (perbincangan) sehingga keputusan yang bulat dapat dicapai dan agar tidak akan menyesal di kemudian hari nanti."
"Jika pertimbangan nafsu telah diketepikan dan semua jawapan kepada soalan-soalan di atas adalah ye, ye dan ye dan hati juga telah terasa tenang hasil istikharah dan istisyarah, maka usahakanlah untuk 'upgrade' hubungan tersebut kepada perkahwinan sesegera yang boleh, dari jenayah kepada Allah, kepada ibadah yang akan membibitkan mawaddah dan rahmah."
"Faham ya?" Saya bertanya kepada hadirin untuk mendapatkan respon. Ada yang kelihatan mengangguk-angguk dan tidak kurang juga yang tertunduk dan merah wajahnya. Kemudian saya menyambung.
"Kepada lelaki, saya berpesan, jika kita tidak suka adik perempuan atau anak kita suatu hari nanti diusung ke sana dan ke mari oleh lelaki yang tidak ada hubungan mahram dengannya, maka janganlah melakukan perkara yang kita sendiri tidak menyukainya."

"Khuatir nanti Allah balas 'cash' atas muka dunia dengan menghantar seorang lelaki yang akan mengusung anak kita ke sana dan ke mari seperti mana kita mengusung anak orang lain pada hari ini."

"Begitu juga kepada wanita, jika sayangkan ayah anda, dan tidak ingin ayah anda termasuk dalam golongan orang yang dikatakan dayus oleh Rasulullah, maka janganlah lacurkan kehormatan anda dengan membiarkan diri larut dalam nafsu atas nama kasih sayang dan pengorbanan."

"Kesimpulannya, cinta yang dibolehkan antara lelaki dan wanita dalam Islam hanyalah selepas perkahwinan."

"Ketika itu, bercintalah dengan bersungguh-sungguh, kerana pada setiap kuntuman ros yang kita hadiahkan, pada senyuman dan tatapan pada wajah isteri, pada ayat-ayat manis yang kita ungkapkan pada pasangan yang halal, bahkan pada saat kita berdua-duaan dan 'bersama' dengannya, setiap satunya akan dikira sebagai ganjaran pahala yang akan memberatkan timbangan amal di akhirat nanti."

"Harap terjawab soalan ye, wallahua'lam." Saya menyudahkan penerangan dan kemudian menyerahkan kembali mikrofon kepada moderator.

Semoga jawapan yang saya berikan ini akan memberikan sedikit panduan kepada anak muda dalam menghadapi alam percintaan. Kita boleh memilih untuk berkahwin dengan orang yang kita cintai, tapi pastikan juga bahawa kita mencintai orang yang kita kahwini, sehingga mati, Insyaallah.

Seni Dalam Berdakwah

Beliau melihat seorang remaja keluar daripada masjid sambil menangis.
Beliau terkejut.Disusulinya, lalu disapanya dengan lembut.

"Kenapa menangis ini?" Tanya beliau.
Remaja itu memberikan jawapan.
Dia dimarahi. Dimarahi oleh seorang 'pakcik' di dalam masjid.
Dia dimarahi kerana memakai baju yang bertulis 'punk is not dead'.

Demikian kisah yang diceritakan oleh Dr. Danial Zainal Abidin kepada saya. Cerita yang hampir sama juga mungkin dilalui oleh kebanyakan remaja.

Saya tidak hairan mendengar kisah tersebut. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa budak itu memang bersalah, bagi saya bukan begitu. Tapi kerana, kisah seumpama ini telah banyak kita dengar.

• Dimarahi kerana memakai baju bercorak banyak ke masjid.
• Dimarahi kerana bersembang di dalam masjid.
• Dimarahi kerana tidur di dalam masjid untuk qiamulail.
• Dimarahi kerana tidak memakai kopiah atau songkok ke masjid.
• Dimarahi kerana menukar siaran radio daripada yang 'islamik' kepada siaran radio biasa.
• Dimarahi kerana membawa al-quran terjemahan bersama ke mana-mana. Alasannya, berakhlaq dengan al-quran lah, wudhu' lah, macam-macam lagi alasan tak munasabah.

Serta banyak lagi 'kisah-kisah menyakitkan telinga' yang lain. Terlalu banyak sehingga tak dapat hendak disenaraikan semuanya.

Memang tak dapat dinafikan lagi, pada hari ini sudah banyak gerakan-gerakan pemulihan islam cuba dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. Masyarakan sudah mula sedar tentang kepentingan islam dalam kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah.

Namun, adakah betul caranya? Bukankah kita selalu mendengar perkataan 'niat tidak menghalalkan cara'? maka dalam dakwah juga sama. Caranya juga perlu betul.

Dakwah perlukan seni, sebagaimana lukisan.

Analoginya mudah.
Pernahkah kita cuba mengambil sekeping kertas, lalu mencontengnya dengan teruk? Apakah hasilnya?

Berbeza dengan kertas yang dilakar dengan teliti, diperhatikan dan diperhalusi hasilnya. Bagaimana pula kali ini?

Seperti juga lukisan, dakwah perlukan seni. Kerana bagi kita yang mengaku sebagai da'ie, kita sedang menyeru manusia. Manusia yang fitrahnya menyukai nilai-nilai kesenian.

Dan perlu diingatkan, kita sedang 'menyeru'. Bukan 'menyuruh'.

Maka perlu dibezakan antara keduanya.

Majlis yang bosan!

Cuba bayangkan, jika kita dipanggil untuk menyertai satu majlis, yang tiada makan-makan di dalamnya, yang bosan, dengan mudah boleh membuatkan kita mengantuk, apakah kita bersemangat untuk menyertainya?

Jawapan yang paling jujur ialah, tidak.

Hakikat yang perlu kita fahami sebagai da'i, kita adalah penyeru. Kitalah yang perlu mengajak orang memasuki dewan itu, ke majlis yang bosan itu. Kita umpama 'penyambut tetamu di dewan itu.



Maka, sebagai penyambut tetamu, tidak dapat dielakkan bahawa kita akan menjadi salah satu di antara dua:

• Penyambut
• Penghalau

Kita ibarat orang yang berada di pintu depan, di mana tetamu masuk ke majlis itu. Dan kitalah yang akan menjadi penentu, adakah mereka bakal memasuki majlis itu ataupun tidak. Sikap kita, layanan kita, perhatian yang kita berikan. Semuanya diambil kira.

Jika semuanya baik, bagus, menjadi satu kebaikan buat kita. Namun bagaimana sekiranya kerana kita, mereka terhalang daripada memasukinya?

Tiada penghargaan langsung diberikan. Malah langsung dimarahi, itu tidak kena, ini tidak kena.

Dalam melakukan sesuatu yang bosan, menyusahkan, perkara yang paling sering diperlukan manusia hanya satu. Penghargaan. Tidak kurang, tidak lebih. Sekadar itu. Penghargaan.

Seperti pelajaran.
Majoriti kanak-kanak menganggap pembelajaran sebagai sesuatu yang membosankan.
Maka apa yang mampu memotivasikan mereka untuk terus belajar?
Hanya satu. Penghargaan.

"Hasil kajian jelas menunjukkan tiada apa yang dapat memotivasikan seorang kanak-kanak lebih daripada mengetahui pembelajarannya dihargai oleh sekolah dan komunitinya. Hal ini tidak mungkin berlaku dengan sendirinya. Hal ini memerlukan campur tangan semua yang terlibat."
[ Michael Fullan, Broadening the Concept of Teacher Leadership]

Sekiranya kita menelusuri kisah sirah, pasti dapat dilihat bagaimana Rasulullah S.A.W sangat menghargai para sahabat.

Kisah Rasulullah mengatakan pintu syurga terbuka luas buat Abu Bakar As-Siddiq.

kisah Rasulullah menggelarkan sebahagian sahabat dengan gelaran ahli syurga.

Bahkan kisah Rasulullah tidak memarahi orang arab badwi yang membuang air di dalam masjid.

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suriteladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
[Qs Ahzab, 33:21]

Hanya tahu mengeji, tidak mahu menghargai.

Namun inilah masalah terbesar masyarakat kita hari ini. Bahkan para da'i juga tidak terkecuali.

Mengukir, namun tidak mewarna.

Saya tidak bermaksud kita tidak perlu memarahinya kerana membuat kesilapan, namun inilah yang dimaksudkan dengan kesenian.

Bukan hanya mewarna sahaja atau mengukir sahaja semata-mata.
Tetapi kedua-duanya sekali.

Ada kalanya, kita juga perlukan sedikit kekerasan. Kekerasan yang berbentuk dorongan. Dorongan untuk terus maju dan berubah. Itulah hikmah. Sinergi antara kelembutan dan kekerasan.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
[Qs. An-Nahl, 16:125]

Namun bukan semua perkara perlukan kekerasan.

Masalah kita ialah, kesalahan dimarahi.
Namun kebaikan tidak dihargai.

Tidak hairanlah wujud pepatah inggeris,

"banyak kali aku melakukan kebaikan, aku langsung tidak mendengarnya. Namun sekali aku melakukan kesilapan, aku mendengarnya selama-lamanya."

Sepatutnya, kebaikan dihargai.
Kesalahan memang perlu dimarahi, namun dengan cara yang betul.

Kerana kita adalah penyambut tetamu di sebuah majlis yang bosan. Maka perkara yang sangat diperlukan oleh peserta-peserta majlis itu ialah penghargaan. Bukan hanya kejian yang tidak munasabah.

Jika tersilap langkah, (naudzubillah) kita bakal menjadi penghalau. Dan inilah yang sangat berbahaya. Tatkala kita menjadi antara orang-orang yang 'menghalangi manusia dari jalan Allah'.

"Orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia)dari jalan Allah, Kami tambahkan kepada mereka siksaan di atas siksaan disebabkan mereka selalu berbuat kerusakan."
[Qs An-Nahl, 16:88]


Tiada sambutan?

Seringkali kita bertanya, mengapa program-program islam, masjid, ceramah, kuliah agama, dan sebagainya sepertinya kelihatan hampir langsung tidak mendapat sambutan?

Ya, mungkin orang ramai boleh merungut, "generasi sekarang dah tak suka program agama,", "Remaja sekarang tak boleh diharap", "anak muda sekarang tak takutkan Allah," dan macam-macam lagi alasan kerana terlalu tinggi ego untuk mengakui satu hakikat.

Hakikat bahawa kita, penyeru, inilah penyebabnya.

Sikap kita, akhlaq kita, penghargaan yang kita berikan, layanan kita, inilah faktornya.



Sudahlah majlis itu bosan, ditambah lagi dengan sikap penyambut tetamunya yang menyakitkan hati, siapa yang mahu menyertai program tersebut? Saya pun tidak mahu!

Kesimpulannya,

Wahai da'ie, siapakah anda?

Adakah anda seorang penyambut tetamu, yang mana kerana andalah majlis itu mendapat sambutan penuh?

Atau adakah anda 'penghalau tetamu', yang mana kerana andalah majlis itu sunyi daripada sambutan?

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."
[Qs Al-Imran, 3:159]

"Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedang mereka menghendaki keridaan-Nya. Kamu tidak memikul tanggung jawab sedikit pun terhadap perbuatan mereka dan mereka pun tidak memikul tanggung jawab sedikit pun terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim."
[Qs. Al-An'am, 6:52]

"Apa guna artikel panjang-panjang, kalau tak ada impak."

source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/4567-seni-dalam-berdakwah.html

Mujahadah

"Ustazah, saya seringkali tewas dalam bermujahadah. Semakin saya bermujahadah, semakin kuat pula saya diuji oleh Allah. Saya berazam hendak jadi muslimah yang lebih baik. Namun, keasyikan dunia disekeliling saya membuatkan iman saya tunggang terbalik. Berilah saya tips bagaimana hendak bermujahadah supaya hidup saya lebih terarah. Bantulah saya ustazah," luah seorang remaja kepada saya dalam sebuah e-mel.


Tersentuh hati saya saat membacanya.
'Lunak sungguh hati remaja ini,' fikir saya.


Apakah Maksud Mujahadah itu?


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengertian mujahadah ialah perang atau perjuangan untuk mempertahankan agama Islam. Selain itu, mujahadah juga membawa maksud jihad.


Pengertian mujahadah secara umum pula ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan musuh. Siapakah musuh itu? Tentu sekali hawa nafsu!


Berkata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Minhajul Abidin, "Hawa nafsu ialah musuh yang sangat keji dan hina malah mencelakakan serta sukar untuk dihindari." Oleh sebab itu, kita haruslah berwaspada.


Hal ini kerana :

1. Hawa nafsu merupakan musuh dari dalam dan bukan musuh dari luar seperti syaitan sebagaimana syair di bawah ini,


' Nafsu sentiasa mengajak aku ke jalan celaka hingga aku merasa sakit dan ngeri. Bagaimana seharusnya aku bertindak jika musuh itu menyelinap di antara tulang rusukku.'


2. Hawa nafsu ialah musuh yang disukai. Maka, manusia yang mencintainya akan menutup mata terhadap segala keaibannya sebagaimana yang dikatakan dalam syair di bawah ini,


'Engkau tidak akan melihat keaiban orang yang engkau cintai dan orang yang engkau jadikan saudara, Bahkan tidak sedikitpun keaibannya akan terlihat bila engkau sudah mencintainya, Mata yang redha itu rabun terhadap keaiban, Sedangkan mata yang benci akan melihat segala keaiban yang ada.'


Imam Al-Ghazali berkata lagi, "Hawa nafsu sangat sukar diajak berkrompomi dalam membulatkan hati untuk beribadat kepada Tuhan kerana hawa nafsu akan sentiasa menjauhkan kita dari Allah S.W.T.
Oleh sebab itu, kita memerlukan sesuatu dalam mengendalikan hawa nafsu iaitu taqwa."


Jadi, apakah tips yang terbaik dalam bermujahadah? Tentu sekali jawapannya ialah takwa kepada Allah S.W.T!


Dengan mempunyai sifat takwa yang tinggi, nafsu jahat dapat ditumpaskan sekaligus dapat meningkatkan iman kepada Allah S.W.T.


Pengertian Taqwa 

Taqwa bererti takut, patuh dan tunduk kepada Allah S.W.T. Firman-Nya yang bermaksud :-


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa."
(Surah Ali-Imran Ayat 102)


Dengan adanya sifat taqwa dalam diri, kita akan lebih mudah menguatkan diri kita dalam bermujahadah. Masakan tidak, perasaan takut kepada Allah S.W.T yang wujud dalam diri akan membuatkan kita lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan seharian.


Baiklah. Biar saya berikan contoh. Sekiranya kamu dikejar oleh anjing, sudah tentu kamu akan berlari sekuat-kuatnya supaya kamu tidak digigit oleh anjing tersebut.


Mana mungkin kamu akan membiarkan dirimu cedera disebabkan oleh anjing itu? Mana mungkin kamu akan membiarkan dirimu luka-luka akibat gigitan anjing itu? Sampai begitu sekali tindakan kita yang mahu menjaga diri!


Tanya semula pada diri sendiri, mengapa wujudnya tindakan untuk berlari sekuat hati? Hal ini kerana lahirnya perasaan takut yang menguasai diri. Takut digigit oleh anjing dan takut diri tercedera ekoran daripada gigitan yang sungguh berbisa.


Begitulah perumpamaannya dengan perasaan takut kepada Ilahi. Malah aura takut kepada Ilahi lebih dahsyat lagi. Sekiranya wujud perasaan takut yang mendalam kepada Allah S.W.T, kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga hati. Sudah pasti kita tidak akan membiarkan hati cedera walau sedikitpun.


Dengan ini, iman akan bertambah dari hari ke hari. Semua ini ekoran daripada sifat takwa yang terbit dalam diri sehingga mampu menjaga hati lalu iman pun semakin subur setiap hari! Inilah jalan mujahadah yang indah. Hanya bertakwa kepada Allah. Subhanallah!


Kesimpulan perumpamaan di atas ialah :-

1. Takutkan anjing :
· Tindakan : Lari sekuat hati.
· Sebab : Mahu menjaga diri.


2. Takutkan Allah S.W.T :
· Tindakan : Melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya serta mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
· Sebab : Mahu menjaga hati dan menyuburkan iman.



Peringkat Nafsu


Seperti yang telah kita ketahui, mujahadah yang terbesar untuk meningkatkan iman kepada Allah S.W.T. ialah mujahadah melawan nafsu. 'Inspirasi' mujahadah pula ialah taqwa. Jihad nafsu merupakan jihad yang paling besar. Keagungan jihad nafsu bukanlah bererti jihad yang lain tidak penting. Jihad nafsu merupakan jihad yang agung kerana sulitnya perjuangan ini. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, perjuangan ini adalah antara manusia dengan dirinya sendiri.


Namun begitu, menurut Al-Quran dan hadis, nafsu dikategorikan kepada tujuh peringkat :-


1. Nafsu Ammarah

* Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Malah, si pemilik nafsu ini akan berasa bangga dengan kejahatannya.


2. Nafsu Lawwamah

* Mengetahui dengan ilmunya bahawa perbuatan jahat dan dosa itu salah tetapi masih melakukan perbuatan tersebut. Namun, setelah itu, dia menyesal di atas perbuatan jahatnya.


3. Nafsu Mulhamah

* Jiwanya banyak terkumpul dengan sifat-sifat baik akan tetapi jiwanya memerlukan kesabaran, tabah dalam bermujahadah dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T.


4. Nafsu Mutmainnah

* Nafsu yang tenang dan tenteram ketika mengingati Allah S.W.T. Jiwanya sentiasa merindui Allah dan sentiasa dekat dengan-Nya.


5. Nafsu Radhiah

* Jiwa yang reda terhadap Allah dan sentiasa dalam keadaan selamat sejahtera kerana mereka puas dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T.


6. Nafsu Mardhiah

* Jiwanya sentiasa mendapat keredaan Allah. Bukti keredaan-Nya dapat dilihat melalui akhlak yang mulia dan mempunyai sifat ikhlas dalam amalannya.


7. Nafsu Kamilah

* Jiwa yang sempurna, jiwanya berada di peringkat tinggi dan sempurna serta memiliki sifat-sifat yang baik.


Nafsu kita berada di peringkat yang mana? Jika berada di peringkat yang baik, maka baiklah peribadi kita, begitu juga sebaliknya. Nafsu yang baik perlu dipertahankan tetapi nafsu yang jahat perlu ditentang habis-habisan! Apabila nafsu dapat dikalahkan, iman turut dapat disuburkan.


Usah Mengalah!


Wahai sekalian manusia, usah mengalah dalam bermujahadah. Jangan mengatakan payah, kerana kita semua ada Allah...!


Teruskanlah bermujahadah dan bersangka baiklah dengan Allah. Allah Maha Menilai setiap usaha yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Kadangkala, kita rasa teruji dan diuji kerana Allah mahu melihat tahap kesabaran kita dalam menempuh dugaan yang diberikan oleh-Nya. Allah mahu melihat sejauh mana kita mengharapkan pergantungan daripada-Nya.


Allah telah berfirman yang bermaksdu :


"Pergilah kepada hamba-Ku lalu timpakanlah berbagai-bagai ujian kepadanya kerana Aku ingin mendengar rintihan-Nya."
(Hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)


Allah juga menurut persangkaan hamba-hamba-Nya. Jika baik sangkaan hamba-Nya, maka kebaikanlah yang akan diperoleh. Begitu juga sebaliknya.


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Berfirman Allah Azzawajalla :


"Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadapku. Dan Aku berserta dengannya ketika dia menyebut-Ku (berzikir kepada-Ku.)'"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Oleh itu, bersangka baiklah dengan Allah. Jika mind set kita selalu berkata susah, maka tindakan yang ingin dilakukan juga menjadi sukar. Sukar itu lumrah kehidupan. Jika segala perkara mudah untuk dilakukan, tiadalah 'nikmat' kehidupan. Bertindaklah ikut kemampuan. Mulakan langkah sedikit demi sedikit untuk mendapat hasil yang berbukit! Namun, jangan sekali-kali mengeluh tetapi merintihlah.


Sentiasa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala niat yang baik dan mintalah petunjuk. Allah Maha Menilai segala usaha kita dan doa yang kita panjatkan. Yang paling penting, yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar rintihan dan luahan hati setiap hamba-Nya. Tiada keyakinan, maka tiadalah jalan. Put your trust in Allah.


Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui yang terbaik di dalam segala perkara. Maka teruskanlah berbaik sangka! 


'Marilah bermujahadah,
Itu bukanlah sesuatu yang mudah,
Maka, berdoalah! Merintihlah!
Agar diri tidak kalah mahupun lelah...
Bertakwalah kepada Allah,
Supaya iman tidak menjadi lemah,
Inilah jalan mujahadah yang indah,
Usahlah mengeluh walaupun payah...!'

source:Mujahadah Dalam Meningkatkan Iman | iluvislam.com discover the beauty of islam

Isu tergempar!

Mesti u all excited nak tau apa isu yang tergempar tu kan? xada lah gempar mana pun. isu ni hangat di perkatakan di mana-mana bandar besar dan sering menjadi buah mulut orang ramai terutama pemandu tegar macam saya sendiri. isu ni dinamakan sebagai....mesti tengok gambar pun u all da tau kan?
"traffic congestion" .
semakin membesar bandar tersebut semakin menjadi-jadi masalah kesesakan lalu lintas. pelbagai laluan alternatif dibina, jalan raya dibesarkan, tetapi isu ini tetap menjadi isu nombor 1. pemandu menjadi raja di jalan raya sehingga kita lupa akan kehadiran pengguna jalan raya yang lain seperti pejalan kaki dan penunggang basikal.

Berikut merupakan beberapa faktor berlakunya kesesakan lalu lintas:

1) Kemalangan jalan raya
2) Jalan raya yang sempit
3) Keadaan jalan raya yang rosak
4) "bottle neck"
5) Tiada jalan alternatif
6) Ketidakseimbangan kadar pertumbuhan jumlah kenderaan dengan  
    keluasan jalan raya
7) Migrasi atau pertambahan kepadatan penduduk

apa pendapat u all bagi mengatasi masalah ni?




9/17/2012

Jodoh Rahsia Allah

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah.   Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”   Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.   Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu.   Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku.   Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.   “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata.   Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.?   “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?”   Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.   Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk.   Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.”   Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta.   Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..”   Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?”   Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.”   Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan. ______________________________________________________________    
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat.   “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.”   Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’   Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya.   “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya.   “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang!   Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya.   “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama.   Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?”   “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.”   Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu….   “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.   “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!”   Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu.   Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur.   Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”   “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. __________________________________________________________________   
“huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi.   Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..”   “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..”   “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! ______________________________________________________________    
“ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.”   Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur.   “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.   “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri.   “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.   Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak.   Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..”   Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah.   Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”   “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni.   Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.”   Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.” 
_______________________________________________________________    
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.   Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…”   Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.”   Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria.   Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.”   “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu.   Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.”   “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu.   “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?”   “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.”   Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?”   “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.   “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.   “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.   Inilah aku apa adanya   Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu   “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang.   Ini cintaku apa adanya   Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.”   Jalan kita masih panjang   Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya   Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.   Demi cinta kita aku akan menjaga   Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya…   Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.   “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.”   “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu.   Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?”   Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu.   Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!”   “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”   “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!”   “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
 _________________________________________________   
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..”   “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan.   Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu.   “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.   Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat.   Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya.   Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.   “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”   Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..”   “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “   Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.”   “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.   Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!”   Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat.   Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. 
__________________________________________________________ 

“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..”   Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..”   Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?”   “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..”   “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”   “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman.   “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.   Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!”   “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi.   Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.”   Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…   Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…”   “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab.   Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.”   Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah….   “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..”   Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda:   “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada   Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.   “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.   “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.”   “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam.   “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH……   lagu untuk entry ini, click lah =) 

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a   Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Jujur dalam berkata-kata. 
2) Menjauhi segala yang haram. 
3) Merendahkan diri.   Wahai Ali, 

bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Merahsiakan ibadahnya 
2) Merahsiakan sedekahnya. 
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.   

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Takut berlaku dusta dan keji. 
2) Menjauhi kejahatan. 
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.   

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:   
1) Mengawasi dirinya. 
2) Menghisab dirinya. 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. 

“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.”   “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.     Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,   Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah…   Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain… 
______________________________________________________  

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.   Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman   Lepas beberapa minit. Syarikat abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman   Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah. Aiman senyum membaca message itu.     insyaALLAH. – Aiman.  
_________________________________________________________________  
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata.   “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.”   Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami.   Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu.   kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim.     Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah.   Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.   “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.   “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” ______________________________________________________________    
“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.   Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.”   Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”   “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman.   Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.”   Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?”   Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.   Aiman memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut.   “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan.   Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi.   Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”   “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu.   Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah.   Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.   “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?”   “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.”   “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..”   “okay.” Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.   “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air.   Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.   “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.”   Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.   “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”   Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” __________________________________________________________ 

Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta. PRRRANGGGGG!!!!!!!!   Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.   “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. **********   Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.   “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu.   “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.”   Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan.   “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!”   Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman.   “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya.   Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..”   Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?”   Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.   “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.   “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu.   Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat…..   “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..”   Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda:   “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada   Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)   “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.   Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya.   Allah… _____________________________________________________________   
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA   Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. “Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman.   “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.”   Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk.   Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti.   Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.   “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah…   Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu.   Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis.   Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman.   Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.   “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir.   video cinta kita – click sini =) “lagu apa?”   “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.   “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman.   “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..   Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah.   Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata.   Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya.   Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?”   Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula.   Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” ______________________________________________________________    
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid.   Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.”   Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk.   Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”   Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang.   Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. _________________________________________________________________
Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu.   “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.   “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi.   Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah. Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah.   Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahualam.